Penambahan dan pengubahsuaian SimCity 4

Sejak penerbitan SimCity 4, beberapa penambahan dan kit pembangunan telah dibuat dan boleh didapati daripada laman sesawang rasminya.

Mercu tanda baru, termasuk, Rockefeller Center, Brandenburg Gate, dan Stonehenge telah dibuat dan boleh didapati dalam talian.[9] Kemudiannya, mercu tanda umumnya digunakan untuk menunjukkan kebolehan Gmax dan Alat Arkitek Binaan (BAT) di sekitar penerbitan BAT.[10]

Sebuah alat yang dipanggil Terrain Generator membolehkan pengguna mencipta peta berdasarkan mana-mana 48 negeri-negeri di Amerika Syarikat. Peta-peta itu berdasarkan data yang diperolehi oleh Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat.[11]

Alat Arkitek Binaan (BAT) ialah himpunan alatan yang dibangunkan untuk membina bangunan lazim. Set itu merangkumi 3 aplikasi: Pek permainan Arkitek Binaan untuk Gmax, yang membolehkan pengguna melepa model Gmax kepada sprite SimCity 4 atau alatan untuk diimport ke dalam LE; LE yang telah dikemaskini; dan Pengurus Plug-in tunggal, yang membolehkan pengguna untuk mengubahsuai sifat penyelakuan untuk lot-lot baru. Beberapa versi ubah suaian telah dikeluarkan yang sepatutnya membetulkan pepijat untuk pelbagai masalah yang tidak dikenal pasti sebelum keluaran pertama. Pertama kali dikeluarkan pada bulan Februari 2004, ia membolehkan komuniti orang tengah dalam pengeluaran, mengeluarkan bangunan dan alatan untuk SC4. Alat Arkitek Binaan SimCity 4 mempunyai kegunaan yang sama dengan Alat Arkitek Binaan SimCity 3000 dan Alat Pembaharuan Bandar SimCity 2000. Bagaimanapun, atur cara sebelum ini direka sepenuhnya oleh Maxis dan menggunakan antara muka yang berbeza keseluruhannya. BAT SC4 memerlukan aplikasi pihak ketiga (Gmax) untuk berfungsi, dan tidak pernah diikat bersama SC4 atau pek kembangan Rush Hour seperti yang berlaku pada Simcity 3000 Unlimited yang mempunyai BAT tersendiri.

Lot Editor (LE) ialah satu alat yang membenarkan pengguna menyunting atau mereka lot-lot untuk SimCity 4 menggunakan alatan yang boleh didapati. Kerana ia telah dikeluarkan beberapa bulan sebelum BAT sebagai satu versi tunggal, pengguna-pengguna pada masa itu hanya berkebolehan menghasilkan lot-lot yang mengandungi alatan terbina dalam daripada SC4. BAT menyediakan pengguna-pengguna dengan versi LE yang dikemas kini yang menyebabkan utiliti LE asal usang. Bagaimanapun, versi lama masih boleh didapati di laman rasmi.[12]

Tambahan kepada alatan yang rasmi, program-program pihak ketiga dikeluarkan untuk kebolehcapaian lanjutan penyuntingan kandungan-kandungan SimCity 4, dengan keupayaan membenarkan pengguna-pengguna untuk mengubah sifat permainan itu sendiri. Sejak pengeluaran Lot Editor dan BAT, sebahagian besar tambahan dalam edaran mengandungi kandungan ciptaan pengguna; kebanyakannya ialah bangunan-bangunan dan lot-lot, manakala yang lain termasuk penukaran kosmetik untuk tanah-tanah, kenderaan tersendiri dan pengubahsuaian tindak-tanduk permainan itu. Kedua-dua kemahiran bagi pembangunan lot dan pengubahsuaian ada kalanya bersepadu lantas mengeluarkan lot-lot yang mampu mempengaruhi sebuah bandar dalam pelbagai cara.[perlu rujukan]

Pepijat

Maxis dan Electronic Arts telah mengeluarkan sejumlah tiga tampalan yang meningkatkan atau membetulkan masalah yang ditemui dalam versi asal SC4 dan Rush Hour (dua untuk SC4 asal dan satu untuk Rush Hour). Antara lain, tampalan itu mengandungi perbaikan-perbaikan prestasi untuk bandar-bandar lebih besar dan pelbagai pembetulan bagi pepijat kecil. Dua tampalan pra-Rush Hour tersebut masing-masing memperbaiki ralat dalam kod permainan yang sebelumnya menghalang sepertiga bangunan rekaan Maxis muncul langsung dalam permainan. Tampalan pertama membaiki "Pepijat Set Jubin Houston" yang meninggalkan satu daripada tiga set jubin permainan iaitu sekumpulan bangunan yang diilhamkan oleh bangunan-bangunan Houston semasa, terus dari kitarannya lantas bangunan-bangunan yang langsung akan muncul daripada jubin set itu hanyalah kelainan kecil yang dikongsikan oleh tiga jubin set asal permainan. Dengan pengeluaran tampalan tersebut, tampak dengan jelaslah adanya pepijat dasar lain yang menghalang kemunculan kira-kira 24 bangunan terbesar dalam permainan itu. Permasalahan ini dibaiki oleh tampalan kedua tersebut.[13]

Walaupun tidak semestinya suatu 'pepijat', beberapa pemain mengadu mengenai mekanisme pencarian laluan yang tidak realistik. Mekanisme ini kerap mencari laluan terpendek dan bukannya tercepat[14] yang selalu membuatkan singgahan awam dan lebuh raya terbiar. Sekumpulan pembangun penambahan pihak ketiga telah membuat ubah suaian yang telah mengubah mekanisme lalu lintas ini.

Rujukan

WikiPedia: SimCity 4 http://www.amazon.com/Aspyr-618870103501-SimCity-4... http://www.amazon.com/Electronic-Arts-SimCity-4/dp... http://simcity.ea.com/about/inside_scoop/sc4_retro... http://simcity.ea.com/community/events/bat_chat_2_... http://simcity.ea.com/coolstuff/landmarks/index.ph... http://simcity.ea.com/coolstuff/loteditor/lotedito... http://simcity.ea.com/coolstuff/terrain/terrain_01... http://simcity.ea.com/update/index_update.php?prod... http://www.emporis.com/en/wm/bu/?id=118743 http://www.emporis.com/en/wm/bu/?id=118764